MESYUARAT TINDAKAN DUN (MTD) BIL. 1/2025 BAGI DAERAH KULAI

Alhamdulillah petang tadi saya selaku EXCO Angkat Daerah Kulai bersama Tuan Fizwan Rashidi Pegawai Daerah Kulai mempengerusikan bersama Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Bil. 1/2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kulai.

Mesyuarat ini melibatkan semua DUN di bawah Daerah Kulai aitu DUN Bukit Permai,DUN Senai, DUN Bukit Batu, dan DUN Kota Iskandar.

Mesyuarat ini adalah inisiatif YAB Dato Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor khusus untuk memastikan segala isu di DUN-DUN dalam setiap Daerah di Negeri Johor ditangani dengan penglibatan semua peringkat pembuat keputusan & pelaksana dengan pantauan & penyelarasan Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir dalam mesyuarat ialah YDP Majlis Perbandaran Kulai Tuan Fahmi Salam, ADUN Kota Iskandar, YB Datuk Pandak Ahmad ADUN Bukit Batu YB Arthur Chiong Sen Sern, ADUN Senai YB Wong Bor Yang, Puan Nurul Naqiah PTD Kulai, Encik Kamarul Ehsan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar, Wakil Agensi Persekutuan & Negeri, Ahli-Ahli Majlis MPKu, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Pemimpin Masyarakat Cina.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor