Projek Ternakan Ikan Air Tawar dalam sangkar di Kampung Awat, Segamat

Projek Ternakan Ikan Air Tawar dalam sangkar di Kampung Awat, Segamat ini dijalankan secara berkelompok oleh penduduk kampung.

Menerusi peruntukan Kerajaan Negeri Johor tahun 2024 sebanyak RM150 ribu, Jabatan Perikanan telah melaksanakan bantuan melibatkan 20 set sangkar ikan, 10 ribu benih Ikan Baung dan bantuan makanan ikan kepada komuniti tersebut.

Insya Allah ia boleh mula dituai dalam tempoh 8 ke 12 bulan. Semoga projek ini dapat dilaksanakan secara berterusan oleh komuniti kampung.

Inisiatif ini juga merupakan salah satu usaha oleh Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perikanan Negeri Johor untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur ikan air tawar dan sebagai langkah untuk memperkasakan lagi Daerah Segamat sebagai pengeluar utama Ikan Baung di Negeri Johor.