Semarak Subuh Johor 2025 di Masjid Nurussaadah, Felda Taib andak, Kulai

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Rakan FB saya.
05.40pagi

Salam Hujung Minggu dan Salam Maju Johor. Syukur ke hadrat ILLAHI atas limpah dan kurniaan nikmat rahmat ALLAH S.W.T.

Alhamdulillah, Pagi ini saya bersama Pegawai Daerah Kulai, YDP MPKU dan juga kariah setempat bersubuh secara berjemaah sempena Semarak Subuh Johor 2025 di Masjid Nurussaadah, Felda Taib Andak, Kulai.

Program #semaraksubuhjohor2025 berjalan mengikut yang dirancang dan hari ini, Semarak Subuh Johor 2025 DUN Permai Siri 2. Moga menjadi permulaan hari & tahun yang baik di DUN Bukit Permai .

Semoga program #SemarakSubuhJohor cetusan idea YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor terus bersemarak dan Johor terus diberkati.
Mencatatkan jumlah kehadiran 232 Jemaah bersolat Subuh secara berjemaah bersama.

Program ini diimarahkan lagi dengan tadabbur Al Quran dan mendengar Tausiyah yang di sampaikan oleh As Syiekh Tuan Haji Amir bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kulai.

Kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran lebih 30 orang. Alhamdulillah anak-anak ini juga diberi sedikit saguhati diatas usaha anak-anak ini bangun awal dan bersama jemaah di masjid.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
________________________