PRPC Komited Kerjasama dengan JTDC
Alhamdulillah selesai hari ini sebagai permulaan tahun 2025 sesi lawatan kerja ke PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) Sdn Bhd bersama Unit Strategik Modal Insan (SMI) Negeri Johor di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).
Kompleks Bersepadu Pengerang atau Pengerang Integrated Complex (PIC) merupakan antara kemudahan petrokimia bersepadu terbesar di rantau ini, dan merupakan pelaburan hiliran PETRONAS yang diperakui oleh kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan, dan dijangka mengubah Pengerang dan Malaysia menjadi kuasa minyak dan gas serantau.
Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama pihak pengurusan PRPC dalam menjayakan inisiatif Johor Talent Development Council (JTDC) terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak tempatan dengan tawaran gaji yang premium.
In Shaa Allah…saya akan terus usaha sebaik mungkin dalam membangunkan ekosistem tenaga kerja mahir yang memenuhi permintaan industri semasa di Johor selari dengan pembangunan JS-SEZ.