Membangunkan Pusat Aduan Bersepadu Negeri Johor Secara Berfasa
Syukur Alhamdulillah. Bagi memastikan setiap suara rakyat didengari dan tindakan segera diambil, menerusi pembentangan Belanjawan Johor 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membangunkan Pusat Aduan Bersepadu Negeri Johor secara berfasa.
Saya ambil maklum akan setiap aduan rakyat di laman media sosial menerusi comment, tagged mahupun direct message. Masalah seperti jalan berlubang, lampu jalan tidak berfungsi, fasiliti kesihatan yang uzur, longkang tersumbat, dan pelbagai lagi sering dibangkitkan.
Inisiatif ini akan menjadi platform rasmi bagi rakyat mengemukakan aduan dengan pantas dan sistematik. Dengan adanya sistem ini, aduan yang diterima akan terus disalurkan kepada agensi berkaitan secara real-time untuk diambil tindakan segera. Selain itu, pengadu juga akan menerima maklum balas yang jelas dan telus, memastikan setiap isu yang dilaporkan tidak diendahkan tanpa penyelesaian.

Kerajaan Negeri komited untuk memantau pelaksanaan inisiatif ini secara rapi, dengan pengawasan langsung dari Pejabat Menteri Besar Johor. Ia adalah langkah penting untuk membuktikan bahawa suara rakyat benar-benar didengari dan diambil tindakan sewajarnya.
Semoga inisiatif ini dapat memberikan kelegaan kepada Bangsa Johor dan menjadi pemangkin kepada penyelesaian masalah dengan lebih efisien, sekali gus memberi impak positif kepada rakyat dari segi kualiti kehidupan seharian. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor