PUSAT ADUAN BERSEPADU NEGERI JOHOR

Susulan pengumuman YAB Menteri Besar Johor Dato Onn Hafiz Ghazi dalam belanjawan Johor 2025 November lalu berkenaan Sistem Aduan Bersepadu Negeri Johor, setelah saya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi gerak kerja terkini pembangunan sistem aduan ini akhir tahun lalu, saya seterusnya melaksanakan lawatan ke Unit Koprat SUK Kerajaan Negeri iaitu unit yang menerima & menyelaras aduan rakyat yang dilaporkan ke Aplikasi Respon Rakyat & Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Saya seterusnya ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi melihat sendiri proses saluran aduan & timeline penyelesaian dilaksanakan. Pihak MBJB juga membentangkan statistik kategori aduan di PBT.

Kerajaan Negeri melihat pembangunan Sistem Aduan Bersepadu adalah inisiatif penting dalam meningkatkan interaksi antara rakyat dan pihak berkuasa.

Sistem ini bertujuan untuk memudahkan rakyat menyampaikan maklumat, aduan, dan cadangan kepada Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan dengan lebih sistematik dan efisien.

Sistem ini juga adalah gerak kerja penyelarasan & kesepaduan serta integrasi kerjasama antara semua sistem sedia ada yang melibatkan semua pihak pelaksana.

Kerajaan Negeri sedar aduan akan sentiasa ada dan untuk mencapai penyelesaian sempurna secara sekaligus bukanlah suatu perkara yang mudah.
Kerajaan Negeri akan berusaha menambah baik segala perkara secara berfasa bagi memastikan isu rakyat dapat diselesaikan.

Mesyuarat ini dihadiri oleh YB Dato Hafiz Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Farid Setiausaha MBJB, Datuk Aziz Ketua Whip MBJB dan Ahli-Ahli Majlis, SUB Kerajaan Tempatan, Encik Clement Wong Chen Siong Pengarah Bahagian Pengaduan Awam Negeri Johor, Encik Muhammad Ammar Akmal Ketua Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Encik Kamarul Ehsan Esa Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Johor, Wakil Bahagian ICT Kerajaan Negeri Johor, Ketua-Ketua Jabatan MBJB serta Wakil-Wakil Agensi Kerajaan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor