Ramah Mesra YAB Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor

Syukur Alhamdulillah, Johor diberi amanah sebagai negeri angkat bagi DUN Sulaman dan Pantai Dalit. Saya berkesempatan turun padang bersama dua calon Barisan Nasional yang bakal membawa sinar baharu kepada rakyat Tuaran, iaitu Dr. Shahnnon Rizal Thaijudin, Calon No. 03 bagi DUN N12 Sulaman, serta Saudara Alfian bin Sambas, Calon No. 07 bagi DUN N13 Pantai Dalit.

Dalam sesi walkabout di Pekan Tuaran, kami berpeluang beramah mesra dengan para peniaga, menyantuni masyarakat setempat dan mendengar sendiri harapan serta aspirasi mereka. Terima kasih kepada orang Tuaran atas layanan mesra dan sambutan yang amat baik. 

Dalam masa yang ada, saya juga berkesempatan bertemu serta beramah mesra dengan Jentera BN Parlimen Tuaran. Kehadiran jentera yang bersemangat disertai sokongan daripada kepimpinan BN Johor, mencerminkan kesepaduan dan iltizam bersama untuk memastikan kemenangan dua calon BN di Tuaran.

Melihat perpaduan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh jentera BN di sini, saya yakin dengan izin Allah SWT, dua calon yang berpendidikan, berpengalaman dan mempunyai rekod khidmat ini mampu meraih kemenangan serta menggalas amanah rakyat dengan penuh dedikasi.

Semoga kemenangan Barisan Nasional di Tuaran membawa manfaat, perubahan positif dan kemajuan yang lebih menyeluruh untuk negeri Sabah, khususnya bagi kawasan Sulaman dan Pantai Dalit. Insya-Allah.

Radu Tetap Radu!
Radu Sampai Menang!
Bikin Balik Sabah!

#BNJohor #UndilahBarisanNasional #PRNSabah2025 #N12Sulaman #N13PantaiDalit