RANGKUMAN KESELURUHAN PENCAPAIAN YB PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL AGAMA ISLAM JOHOR

Dikongsikan secara umum rangkuman gerak kerja dan pencapaian sepanjang berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor bermula dari 26 Mac 2022 sehingga penghujung 2024.

Kad laporan merupakan satu usaha menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam gerak kerja apatah lagi apabila kita bekerja dengan rakyat.
Namun, setiap pencapaian tidak akan terlaksana kalau bukan kerana kerjasama erat daripada semua jabatan dan agensi serta sokongan rakyat yang tiada henti.

Untuk tahun 2025, kita berazam untuk terus dan lebih komited bekerja khususnya dalam perkara di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor serta untuk seluruh rakyat Johor amnya.