MAJLIS BACAAN IKRAR DAN PENYERAHAN WATIKAH AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM melantik Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi sesi 2025 – 2027.

Majlis disempurnakan di hadapan DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Johor.

Hadir sama ialah YAB Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor YB Dato’ Dr Hj Abd Rahim Bin Ramli dan YB Tan Sri Dato Dr Hj Azmi Rohani Setiausaha Kerajaan Johor.

Tahniah kepada semua Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor. Semoga tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat kita galas bersama dan melaksanakannya dengan sebaiknya, dengan izin Allah jua. Aamin

Daulat Tuanku