Raya Sekampung Bangsa Johor
Syukur Alhamdulillah, di bulan Syawal yang mulia ini, saya gembira dapat balik ke kawasan bagi meraikan Raya Sekampung Bangsa Johor di lima lokasi berbeza di Simpang Renggam, bagi bertemu, beramah mesra dan merasai sendiri kehangatan silaturahim yang menjadi kekuatan sebenar Bangsa Johor.
Lima lokasi yang menjadi pilihan adalah Felda Ayer Hitam, Kg Bukit Batu, Kg Parit Ghani, Felda Layang-Layang dan Kg Melayu, Layang-Layang. Di setiap persinggahan, saya seronok melihat sambutan yang cukup meriah dalam suasana Aidilfitri yang penuh makna.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyampaikan penghargaan kepada 119 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan pendidikan, serta sumbangan kepada 95 bakal jemaah haji sebagai tanda sokongan dan doa agar dipermudahkan urusan serta dikurniakan haji yang mabrur.
Terima kasih kepada keluarga besar saya di Simpang Renggam serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap program Raya Sekampung ini. Usaha dan komitmen semua bukan sahaja memeriahkan sambutan tetapi menghidupkan semangat kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negeri ini.
Semoga kebersamaan ini terus dipelihara, diberkati Allah SWT, dan menjadi asbab kepada kesejahteraan serta keharmonian Bangsa Johor yang berpanjangan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #RayaSekampungBangsaJohor #OHMachap #SimpangRenggam




