Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Johor
Syukur Alhamdulillah, Majlis Makan Besar sempena Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor Tengah berlangsung meriah, menjadi wadah menyatukan rakyat berbilang kaum serta memperkukuh perpaduan Bangsa Johor dalam suasana harmoni dan muhibah.
Menerusi majlis yang dihadiri 1,150 orang melibatkan 320 NGO ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina bagi memperkasa masyarakat Tiong Hua merangkumi pendidikan, sekolah Cina, rumah ibadat bukan Islam, NGO dan program Kampung Baru.
Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyampaikan sumbangan angpau kepada penerima bagi golongan B40. Saya berharap agar bantuan kecil ini membawa kegembiraan, meringankan beban mereka, dan memberi harapan baharu untuk memulakan tahun dengan semangat positif.
Saya berharap majlis seperti ini terus menjadi pemangkin keharmonian yang sekian lama menjadi kekuatan Johor. Johor ada caranya yang tersendiri iaitu budaya saling menghormati, hidup bermuafakat dan menyantuni perbezaan dengan hikmah. Inilah teras kekuatan Bangsa Johor yang wajib kita pertahankan bersama demi memastikan negeri ini kekal aman, stabil dan sejahtera.
Semoga sambutan Tahun Baru Cina ini membawa kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat Tiong Hua khususnya serta seluruh Bangsa Johor amnya. Insya-Allah.
Zhu Fu Da Jia, Ma Nian Da Ji!
Gong Xi Fa Cai!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah




