Selamat Hari Ponggal 2025 

Selamat Hari Ponggal 2025 kepada seluruh Bangsa Johor dan rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Pesta Ponggal yang juga dikenali sebagai pesta menuai, disambut dengan penuh kegembiraan oleh masyarakat India di Malaysia. Perayaan ini adalah simbol penghargaan terhadap alam semula jadi dan hasil tuaian yang melimpah, di samping mengeratkan ikatan kekeluargaan dan masyarakat.

Semoga sambutan Pesta Ponggal tahun ini membawa suntikan semangat baru untuk kita semua mengorak langkah lebih jauh ke arah kemajuan, keharmonian, dan kesejahteraan bersama, demi masa depan yang lebih cerah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor