SEMARAK SUBUH JOHOR TAHUN 2025 DI MASJID BANDAR BARU UDA

Alhamdulillah, saya telah hadir untuk bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah bersama YAB Menteri Besar Johor, rakan-rakan EXCO, Ketua-Ketua Jabatan & agensi, anggota perkhidmatan awam Negeri Johor serta penduduk setempat di Masjid Al Asma’ul Husna di Bandar Baru Uda.

Lebih 400 jemaah yang telah menghadiri solat subuh berjemaah untuk minggu ketiga Program Semarak Subuh Tahun 2025. Kami turut bersama-sama membaca surah Alkahfi dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Imam Besar Negeri Johor.

Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T pada hari ini. Aamiin 🤲🏻

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor