Program Khatan Perdana Anjuran Yayasan Makmur Mersing dengan Kerjasama UMNO Bahagian Mersing
Alhamdulilah, pagi ini saya ke Mersing menghadiri Program Khatan Perdana anjuran Yayasan Makmur Mersing dengan kerjasama UMNO Bahagian Mersing.
Seramai 100 orang kanak-kanak dari seluruh Daerah Mersing menerima tajaan dari Yayasan Makmur Mersing & UMNO Bahagian Mersing untuk program berkhatan yang telah masuk siri ke-8 pada tahun ini.
Program berkhatan secara beramai-ramai atau berkelompok ini sebenarnya dapat meningkatkan lagi semangat kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat setempat.
Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi anak soleh, membanggakan keluarga & memberi khidmat bakti kepada agama,bangsa & Negara.
Tahniah kepada Tuan Haji Youzaimi Yusof Pengerusi Yayasan Makmur Mersing, Pengerusi JKPD Endau merangkap Ketua UMNO Bahagian Mersing atas penganjuran program yg baik ini.
Dalam majlis ini juga saya turut menyampaikan bantuan Bakul Kasih Johor yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran YAB Dato Onn Hafiz Ghazi kepada kakitangan Majlis Daerah Mersing.
Turut hadir Tuan Haji Jamil Hasni Pegawai Daerah Mersing, Puan Rina Farhana Ketua Whip Majlis Daerah Mersing, Encik Lutfi Setiausaha Majlis Daerah Mersing MY Mersing merangkap Wakil Rasmi YDP Majlis Daerah Mersing, Penghulu & Ketua-Ketua Kampung dan kepimpinan UMNO Bahagian Mersing.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor