Sesi Taujihat bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)

Alhamdulillah pagi ini saya ke Sesi Taujihat bersama warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) di Dewan Utama, JPNJ.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk kita bersama-sama memperkukuhkan tekad dan komitmen dalam memastikan agenda pendidikan negeri terus cemerlang demi masa depan anak-anak Johor.

Sebagai barisan hadapan dalam membentuk generasi Johor yang berilmu, berkarakter, dan kompetitif, kita semua perlu terus bersatu hati, bersungguh-sungguh dan mengekalkan serta tambah baik lagi momentum kecemerlangan.

Terima kasih juga kepada warga JPNJ serta warga pendidik seluruh negeri Johor atas dedikasi yang tidak pernah luntur demi memastikan Johor menjadi negeri contoh dalam bidang pendidikan.