Solat Jumaat di Surau Al-Madani, SMK Medini, Iskandar Puteri
Syukur Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Hanafi Samad, untuk menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Madani, SMK Medini, Iskandar Puteri.
Kehadiran ini bukan sahaja untuk menunaikan ibadah, tetapi juga sebagai tanda sokongan kepada usaha murni sekolah dalam menyediakan kemudahan solat Jumaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Mufti Johor dengan keputusan untuk membenarkan solat Jumaat di mussolla sekolah seperti Surau Al-Madani adalah satu langkah signifikan dalam memupuk nilai keagamaan dalam kalangan pelajar malah pembentukan sahsiah dan perpaduan antara warga sekolah serta komuniti setempat.
Semoga usaha murni seperti ini terus berkembang di sekolah-sekolah lain di seluruh Johor dan kita berdoa agar Allah SWT memberkatinya khusus dalam mendidik generasi muda yang berilmu dan berakhlak mulia.
Majlis Agama Islam Johor