SUMBANGAN BAKUL KASIH JOHOR FASA 5 DI PEJABAT KHIDMAT RAKYAT ADUN N50 BUKIT PERMAI

Alhamdulillah, Saya telah melaksanakan program agihan Bakul Kasih Johor Fasa 5 kepada penduduk di Felda Inas.

Penyerahan Bakul Kasih Johor merupakan salah satu inisiatif oleh Kerajaan Negeri Johor untuk membantu golongan yang memerlukan, seperti keluarga berpendapatan rendah dan warga emas.

Kemeriahannya dapat dilihat melalui penyampaian bantuan yang disertai dengan “Sarap Bersama YB ” yang melibatkan penyertaan ramai, termasuk sukarelawan, pemimpin tempatan, dan masyarakat.

Program ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan hidup golongan B40 dan memberi mereka bantuan asas dalam bentuk barangan keperluan harian beras, gula, minyak masak, tepung, dan makanan dalam tin.

Sebanyak 200 bakul makanan telah diedarkan kepada penduduk di kawasan Felda Inas dimana penerima adalah hanya yang layak menerima dan dipastikan penyaluran bantuan dapat disampaikan dengan lancar dan tepat kepada yang berhak.

Dikesempatan itu juga, saya meluangkan masa membuat lawatan ke Bangunan GPW, Felda Inas yang memerlukan perhatian untuk dibaik pulih. Bangunan yang dah berusia puluhan tahun ini telah usang Dan perlu dibaiki. Inshaallah telah meminta Pejabat Khidmat Rakyat ADUN N50 Bukit Permai untuk membuat tindakat lanjut bagi memastikan bangunan ini dapat dapat dibaiki.

“Kerajaan Negeri Johor dibawah tadbir urus YAB MB Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi komited dalam memastikan kebajikan rakyat terus dijaga, dan program seperti ini adalah salah satu cara untuk mendekati serta memahami keperluan masyarakat,”.

Program Bakul Kasih Johor adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri yang memperuntukkan RM16.8 juta untuk membantu lebih 280,000 keluarga di seluruh negeri Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor