Sumbangan Bantuan Buat Mangsa Banjir di Johor Bahru

Kita ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze Johor Bahru dan Dewan Bandaraya MBIP juga di Johor Bahru.

Kita serahkan sumbangan tunai dari Majlis Agama Islam Johor beserta kit kebersihan dan solat kepada mangsa-mangsa banjir beragama Islam.

Setakat arini kawasan tempat tinggal diorang ni masih banjir. Masing-masing berharap dapat pulang cepat ke rumah.

Kita sama-sama doakan mudah-mudahan air segera surut. Aamin

Terima kasih Pejabat Daerah Johor Bahru, Amin BaitulMal Daerah Johor Bahru, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, RELA serta Sukarelawan yang bertugas.

Kepada Datuk Radin Seri Kartini Abdullah dan UMNO Bahagian serta kepimpinan Mukim dan kampung juga diucapkan terima kasih.