Sumbangan Kit Persekolahan di SJK (T) Ladang Rini
Bagi memastikan setiap pelajar mendapat permulaan persekolahan yang lebih teratur dan lengkap, MIC Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) telah menyampaikan sumbangan kit persekolahan kepada 186 murid Tahun 1 di SJK (T) Ladang Rini, Johor Bahru.
Saya pasti program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam menyokong pendidikan bagi semua lapisan masyarakat, selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memastikan akses pendidikan yang lebih seimbang dan inklusif.
Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Pengerusi YSR, Dato’ Sugumaran, bersama wakil agensi lain yang turut memainkan peranan dalam menjayakan inisiatif ini.
Sumbangan ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam memastikan anak-anak Johor mendapat keperluan asas pendidikan yang mencukupi, tanpa mengira latar belakang. Usaha ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan generasi muda yang bakal membentuk masa depan negeri dan negara.