Tahun Melawat Johor 2026

Bagi menuju Tahun Melawat Johor 2026, persediaan pada sektor pelancongan dengan menambahbaik infrastruktur pelancongan kita telah dimulakan sejak pengumuman bajet 2024 yang lalu. Dimana awal tahun 2024, banyak aset pelancongan kita telah ditambahbaik pembinaannya bagi menyambut pelancong-pelancong tempatan dan luar menjelang tahun 2026.

Begitu juga pada pengumuman bajet tahun 2025, YAB Menteri Besar Johor juga telah memberi penekanan dan komitmen terhadap sektor pelancongan bagi memastikan Tahun 2026, Johor siap dengan sasaran 12 juta pelancong.

Sesi perbincangan bagi mengemas kini projek-projek pelancongan bersama YAB Menteri Besar Johor telah dijalankan. Perbincangan ini adalah bagi memastikan semua projek-projek pelancongan dapat disiap dan dibuka kepada pelancong seawal Januari 2026.