Semarak Subuh Johor 2025 Siri 1 di Masjid Al Mukminin

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari dan Salam Maju Johor. Syukur ke hadrat ILLAHI atas limpah dan kurniaan nikmat rahmat ALLAH S.W.T.

Pagi tadi saya bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi dan barisan Exco bersama Semarak Subuh Johor 2025 di Masjid Kota Iskandar.

Alhamdulillah, seusai bersolat subuh, dikawasan saya pagi ini Program #semaraksubuhjohor2025 berjalan mengikut yang telah dirancang. Sempat juga saya ke kawasan bagi bersama dalam Semarak Subuh Johor 2025 DUN Permai Siri 1. Moga menjadi permulaan hari & tahun yang baik di DUN Bukit Permai .

Semoga program #SemarakSubuhJohor cetusan idea YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor terus bersemarak dan Johor terus diberkati.

Alhamdulillah subuh tadi Semarak Subuh Johor 2025 Siri 1 di kawasan saya DUN BUKIT PERMAI telah dilaksanakan di MASJID AL MUKMININ, BANDAR PUTRA.

Mencatatkan jumlah kehadiran 250 Jemaah bersolat Subuh secara berjemaah bersama.
Program ini diimarahkan lagi dengan tadabbur Al Quran dan mendengar Tausiyah yang di sampaikan oleh As Syiekh Tuan Haji Amir bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kulai.

Kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran lebih 30 orang. Alhamdulillah anak-anak ini juga diberi sedikit saguhati diatas usaha anak-anak ini bangun awal dan bersama jemaah di masjid.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
________________________