Titah DYAM Pemangku Sultan Johor Jadi Panduan Hala Tuju Pembangunan Negeri 2026
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang berjumpa dan menyampaikan titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Kanan Kerajaan serta Pegawai-pegawai Khas berkenaan hala tuju negeri menuju tahun 2026, satu tahun yang amat penting buat Johor.
Dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) serta penganjuran Tahun Melawat Johor, inilah masa terbaik untuk kita memposisikan Johor sebagai hab pelaburan, pelancongan dan ekonomi serantau yang berdaya saing. Pencapaian hasil negeri Johor berjumlah RM2.676 bilion yang terus mengukuh juga mencerminkan kekuatan tadbir urus serta keyakinan pelabur, seterusnya membolehkan agenda pembangunan dilaksanakan secara lebih tersusun, berfokus dan berkesan.
Saya turut berpesan bahawa kekuatan ini mesti disertai dengan kepimpinan yang dekat dengan rakyat serta kefahaman jelas terhadap realiti dan cabaran di lapangan. Justeru, saya menekankan konsep 3T 1M iaitu Te Se Te Pan, Turun Padang, Teamwork, serta Micromanage sebagai strategi terbaik dalam memastikan setiap dasar dan pelaksanaan berjalan dengan berkesan dan lebih terancang.
Saya juga turut mengingatkan bahawa amanah dan tanggungjawab ini mesti dipikul bersama. Setiap sen hasil negeri mesti dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat, pendidikan, kesihatan peluang pekerjaan, serta peluang ekonomi yang inklusif.
Semoga amanah ini terus menjadi pendorong kita untuk berkhidmat dengan ikhlas, cekap, dan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




