Upacara Menaikkan Bendera UMNO
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2025 hari pertama yang berlangsung di Dewan Merdeka (WTC) Kuala Lumpur, dimulakan dengan upacara menaikkan Bendera UMNO sebagai simbol kebanggaan, kesetiaan dan semangat perjuangan parti.
Upacara ini bukan sekadar tradisi, malah menjadi peringatan kepada seluruh ahli dan perwakilan tentang sejarah, pengorbanan serta tanggungjawab besar yang dipikul oleh UMNO dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air sejak penubuhannya.
Perhimpunan Agung ini menjadi medan penting untuk kita bermuhasabah, memperkukuh saf kepimpinan serta menyatukan tekad dan iltizam bagi memastikan UMNO terus relevan, kukuh dan diyakini rakyat dalam mendepani cabaran semasa negara.
Semoga Perhimpunan Agung UMNO 2025 kali ini menjadi pemangkin kepada kebangkitan dan pengukuhan parti, dengan tekad yang lebih utuh untuk memperjuangkan kepentingan agama, memelihara martabat bangsa serta mempertahankan kedaulatan negara. Insya-Allah.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #UMNOJohor #UMNODuluKiniDanSelamanya #PAU2025




