Usaha Berterusan Membangun Generasi Johor kepada 113 Murid Tahun Satu SK Sri Mersing
Sebagai inisiatif memperkukuh akses pendidikan, 113 murid Tahun 1 SK Sri Mersing telah menerima kit alat tulis, hasil inisiatif YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.
Bantuan ini memastikan setiap murid mendapat permulaan persekolahan yang lebih lengkap, mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam membina masa depan generasi muda yang lebih berilmu dan bersedia menghadapi cabaran.
Johor terus maju dengan agenda pendidikan yang inklusif dan mampan, demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.
Onn Hafiz Ghazi