Usaha Membaik Pulih Pintu Gerbang Paloh
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami sampaikan kepada semua pihak yang telah berganding bahu bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Paloh dalam usaha membaik pulih gerbang pintu masuk ke Paloh. Gerbang ini bukan sahaja simbolik kepada identiti Paloh, tetapi juga wajah pertama yang menyambut kepulangan setiap anak jati dan para pengunjung.
Hasil sokongan, tenaga, dan idea kreatif semua, pintu masuk Paloh kini tampil lebih cantik dan bersemangat, seolah-olah menyambut Tahun Baru Cina dengan tangan terbuka. Kami percaya, usaha ini bukan sahaja mencantikkan kawasan, tetapi juga menjadi lambang kerjasama erat antara kita semua.
Kepada semua yang pulang ke kampung halaman, kami berharap pemandangan baharu ini menambahkan rasa bangga dan nostalgia terhadap tanah kelahiran. Mari kita terus menjaga dan memelihara keindahan Paloh demi generasi akan datang.
我们由衷感谢所有热心人士与巴罗州议员服务中心合作,共同完成了修复巴罗入口牌楼的工作。这个牌楼不仅是Paloh的地标,也是欢迎每一位游子归乡和访客到来的重要象征。
有了大家的支持、努力和创意,巴罗的入口如今焕然一新,更加美丽大方,为农历新年的到来增添了浓厚的喜庆氛围。我们相信,这不仅美化了环境,也象征着我们社区齐心协力、团结共进的精神。
在此,我们欢迎所有返乡的游子和家人,希望这全新的景象能带给大家更多的感动和自豪感。让我们携手守护巴罗的美好,为未来创造更多精彩。