Kerjasama Strategik UTHM dan Kerajaan Negeri Perkukuh Pendidikan Tinggi Johor

Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi daripada pihak pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diketuai oleh Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad.

Pertemuan ini menjadi platform yang amat bermakna untuk membincangkan pelbagai inisiatif penting demi manfaat pendidikan tinggi, terutamanya dalam memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan anak Bangsa Johor.

Perbincangan ini turut memfokuskan perancangan strategik dan hala tuju UTHM bagi tahun 2025, selaras dengan usaha menjadikan institusi ini terus relevan dan berdaya saing.

Semoga kerjasama erat antara kerajaan negeri, universiti dan komuniti setempat diyakini dapat membentuk ekosistem pendidikan yang inklusif, inovatif, dan menyumbang kepada kemajuan negeri Johor secara keseluruhannya.