Ziarah Sentuhan Kasih Exco Wanita UMNO Ledang Menyantuni Penduduk Kampung Serom 2

Saya bersama Datuk Abdull Rahim Bin Talib – DRL Ketua UMNOLedang meneruskan program Ziarah Sentuhan Kasih Exco Wanita bersama Ketua UMNO Bahagian.

Kali ini kami menyelusuri Kampung Serom 2 yang mana mempunyai dua cawangan Serom 2A dan Serom 2B.

Sebanyak 4 buah rumah telah kami kunjungi yang mana telah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Baitulmal.

Turut hadir, Cikgu Subri Sumirin , Setiausaha UMNO Bahagian Ledang, AJK Wanita UMNO Bahagian Ledang DUN Serom, Tok Ibrahim Ketua Kampung Serom 2 dan kepimpinan UMNO Cawangan Serom 2A dan 2B