Sekolah Rintis Bangsa Johor Melangkah Ke Sesi Persekolahan Baharu

Pengoperasian Sekolah Rintis Bangsa Johor Sesi Persekolahan 2025/2026 berjalan seperti yang dirancang.

Alhamdulillah, saya melihat tiada air mata yang mengalir—tanda semangat yang tinggi dalam kalangan murid-murid Sekolah Rintis Bangsa Johor ini.

Seramai 69 murid Tahun 1 yang berdaftar hadir dengan wajah ceria dan penuh semangat, bersedia memulakan perjalanan baharu mereka di alam persekolahan.

Beberapa orang guru telah dihantar menyertai Program Aspirasi Sekolah Rintis Bangsa Johor di Singapura. Mereka berkongsi pelbagai input berharga yang bakal diaplikasikan di sekolah ini bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta pengalaman pembelajaran murid-murid.

Perubahan bakal diketengahkan dalam sesi persekolahan kali ini. Sesi baharu, cara baharu. Saya berharap inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor ini dapat terus membawa perubahan positif dan menambah baik sistem pendidikan Bangsa Johor.