Lawatan Kerja Ke Amerika Syarikat, Bersama Delegasi Johor
Syukur Alhamdulillah, sepanjang Lawatan Kerja ke Amerika Syarikat, saya bersama delegasi Johor berpeluang bertemu dengan syarikat-syarikat global yang telah melabur dan bakal melabur pelaburan di Johor.
Pertemuan bersama syarikat-syarikat ini amat penting kerana ia mengukuhkan kedudukan Johor dalam sektor semikonduktor, AI, teknologi hijau, penyelidikan saintifik dan inovasi digital. Kesemua pelaburan ini bukan sahaja bernilai tinggi, tetapi turut membuka peluang pekerjaan berkualiti, pemindahan teknologi, serta peluang kerjasama untuk PKS tempatan.
Antara syarikat yang ditemui adalah:-
1. Super Micro Computer Inc. – syarikat gergasi teknologi global dari Silicon Valley yang membuka hab operasi Asia di Senai Airport City, termasuk pusat R&D dan inovasi bertaraf dunia.
2. Brooks Automation – peneraju global automasi semikonduktor yang melabur RM100 juta di Pasir Gudang, mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi serta melibatkan vendor tempatan dalam rantaian bekalan.
3. Pivotal Systems Corporation – pembekal utama teknologi kawalan aliran gas untuk industri semikonduktor yang merancang penubuhan Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) serantau serta automasi berasaskan AI.
4. Keysight Technologies – peneraju global dalam penyelesaian reka bentuk dan ujian elektronik yang sedang meneroka peluang pelaburan melalui JS-SEZ.
5. OpenAI Inc. – peneraju kecerdasan buatan (AI) dunia yang membincangkan kerjasama strategik dalam penerapan AI bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dan produktiviti ekonomi negeri.
6. Bruker Corporation – syarikat analisis saintifik dan diagnostik global yang berminat mengembangkan operasi ke Johor.
Melalui rangkaian kerjasama ini, Johor diyakini akan terus muncul sebagai destinasi pilihan utama pelabur antarabangsa serta hab teknologi serantau. Semoga segala usaha ini memberi limpahan manfaat ekonomi secara langsung kepada rakyat Johor, seterusnya merealisasikan hasrat Johor menjadi negeri maju menjelang 2030. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor




