Bantuan Kasih Johor 2025: Lebih 170,000 Rakyat Menerima Manfaat Bantuan

Syukur Alhamdulillah. Sebanyak RM209 juta telah diperuntukan bagi 42 inisiatif tambahan. Menerusi Bantuan Kasih Johor 2025, lebih 170,000 rakyat menerima manfaat bantuan tunai one-off bernilai antara RM200 hingga RM300, meliputi pelbagai segmen masyarakat daripada pelajar, petani, pesara hinggalah kepada usahawan kecil dan golongan rentan serta petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat demi kesejahteraan rakyat.

Bagi Parlimen Simpang Renggam yang merangkumi DUN Machap dan DUN Layang-Layang, seramai 3,500 penerima manfaat telah disantuni dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM919,600 melalui Siri 1 dan Siri 2 Program Bantuan Kasih Johor dalam memastikan agar tiada rakyat Johor dipinggirkan daripada arus pembangunan. Inisiatif ini termasuklah:

1. 1,709 ibu tunggal di bawah Insentif Pesona Ibu Tunggal (i-Pesona) dengan bantuan one-off RM300 setiap seorang;

2. 408 warga emas menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang;

3. 775 penerima terdiri daripada petani, penternak, nelayan serta keluarga Orang Asli turut menerima bantuan one-off RM200 setiap seorang.

4. 508 pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi, masing-masing menerima RM200 setiap seorang;

5. 154 pekerja pembersihan (SWM) menerima insentif one-off RM200 setiap seorang; dan

6. 11 usahawan kecil wanita menerima bantuan Skim Peralatan Asas Perniagaan berjumlah RM38,500. 

Dalam kesempatan yang ada semasa balik ke kawasan, saya turut mengadakan Ziarah Kasih ke kediaman Encik Rashid di Kampung Paya Mas dan Tuan Haji Abd Razak di Kampung Perak. Walaupun singkat, kunjungan ini amat bermakna kerana memberi ruang untuk melihat sendiri keadaan keluarga besar saya di Simpang Renggam dan memastikan kebajikan mereka terus menjadi keutamaan. 

Sesungguhnya semua ini dapat direalisasikan kerana hasil negeri Johor terus meningkat saban tahun, berkat sokongan padu rakyat, keyakinan pelabur serta pengurusan ekonomi yang lebih terperinci. Semoga segala usaha ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi sinar harapan yang menerangi kehidupan setiap rakyat Johor menuju negeri yang maju, makmur dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor