Program Riadah Mendekatkan Diri Dengan Masyarakat Dan Mengukuhkan Hubungan Dalam Pasukan Kepimpinan

Syukur Alhamdulillah. Sabtu lepas, saya sempat meluangkan masa beriadah santai bersama barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, “berjogging” bermula dari Saujana dan berakhir dengan sarapan pagi di Restoran Hua Mui.

Program riadah ini bukan sekadar langkah menjaga kecergasan, tetapi juga usaha untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan mengukuhkan hubungan dalam pasukan kepimpinan negeri. Inilah antara usaha kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan membina komuniti Johor yang aktif dan sejahtera melalui inisiatif Xtif Johor.

Menariknya, sesi riadah kami diakhiri di Hua Mui, antara lokasi ikonik di tengah bandaraya Johor Bahru yang menjadi tumpuan pelancong serta warga tempatan untuk menikmati juadah klasik dalam suasana penuh nostalgia. Meh lah Johor, nikmati roti bakar dan kopi pagi sambil menghayati keindahan serta warisan bandar Johor Bahru!

Terima kasih kepada semua yang turut menjayakan program riadah ini. Semoga semangat kebersamaan dan kesihatan yang kita pupuk hari ini menjadi budaya hidup Bangsa Johor, demi sebuah negeri yang lebih bahagia dan sejahtera. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor