Pertemuan Pemangku Sultan Johor Bersama Mufti Menk Perkukuh Ukhuwah Antarabangsa
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Dr. Ismail ibn Musa Menk (Mufti Menk), Mufti Besar Zimbabwe pada hari ini, 8 Disember 2025.
Syukur Alhamdulillah, saya juga berbesar hati menerima kunjungan beliau di Kediaman Rasmi, Saujana Johor Bahru.
Kehadiran Mufti Menk ke Johor bukan sahaja satu penghormatan, malah memperkukuh ukhuwah dan semangat memperjuangkan nilai-nilai kebaikan sejagat. Dengan jutaan pengikut di seluruh dunia, gaya penyampaian beliau yang sederhana, mesra dan mudah difahami menjadikannya antara pendakwah paling berpengaruh pada masa kini.
Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan tentang peranan agama dalam membentuk masyarakat berakhlak, tentang penyebaran mesej kebaikan merentasi sempadan, serta tentang usaha memperkukuh perpaduan ummah dalam dunia yang semakin kompleks.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada peluasan kerjasama dalam pembinaan sahsiah dan menyemarakkan serta mengukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




