UMNO Johor Menyambut Baik Usul YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
UMNO Johor menyambut baik usul YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia yang telah diterima sebulat suara berhubung pembentukan satu kolaborasi yang menghimpunkan parti-parti politik berteraskan Melayu dan Islam.
Usaha ini bertujuan memperkukuh persefahaman, menyelaras pendirian serta membincangkan isu-isu kepentingan agama dan bangsa secara bersama.
Pendekatan ini dicadangkan agar digerakkan melalui Majlis Mesyuarat Nasional dan Majlis Perundingan Ummah sebagai platform musyawarah yang tersusun, matang dan berhemah.
Atas sebab itu, UMNO Johor berharap agar persidangan ini turut menjadi ruang muhasabah untuk menilai cabaran semasa negara dan memperkukuh hala tuju parti. UMNO tidak boleh selesa dengan cara lama sebaliknya mesti terus bergerak ke hadapan, memperbaiki kelemahan dan mengangkat semula kekuatan parti agar kekal relevan serta diyakini rakyat.
Melalui pendekatan yang inklusif dan komitmen tinggi para ahli akar umbi, saya yakin UMNO mampu membina kepimpinan yang lebih bersatu, berwibawa dan berani memimpin demi masa depan yang lebih baik. Semoga semangat muafakat serta kekuatan parti terus diperkasakan agar UMNO kekal sebagai wadah perjuangan yang stabil, berprinsip dan berteraskan khidmat kepada agama, bangsa dan tanah air. Insya-Allah.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #UMNOJohor #UMNODuluKiniDanSelamanya #PAU2025




