Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-28

Syukur Alhamdulillah, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-28 kembali mengangkat Johor ke persada dunia dengan penyertaan 56 buah negara merentasi 6 benua, sekali gus mencipta sejarah baharu apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai festival layang-layang dengan penyertaan antarabangsa tertinggi.

Festival ini merupakan sebuah legasi sejak tahun 1995 dan kini memasuki hampir tiga dekad penganjuran berterusan. Bermula dengan usaha memelihara warisan layang-layang tradisional seperti Wau Bulan, Wau Merak dan Wau Kapal, Pasir Gudang hari ini diiktiraf sebagai pusat rujukan dunia, termasuk melalui kewujudan Muzium Layang-Layang pertama di Malaysia di Bukit Layang-Layang.

Sepanjang penganjurannya, festival ini telah menarik sehingga 650,000 pengunjung dalam satu-satu edisi, sekali gus memberi limpahan ekonomi terus kepada peniaga kecil, usahawan tempatan, pengusaha inap desa, pemandu e-hailing dan sektor perkhidmatan setempat.

Bagi edisi ke-28 ini, festival berprestij ini menjadi antara pemacu utama Tahun Melawat Johor 2026 dengan tema “Benua Bertemu di Langit Johor… Meh Lah!”, sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan yang inklusif, selamat dan berdaya saing, serta dekat di hati rakyat.

Saya turut berbesar hati merasmikan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-28 ini, dan ingin merakamkan tahniah serta syabas kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Tourism Johor, Persatuan Pelayang Johor, Majlis Pelayang Malaysia, institusi pendidikan serta rakan strategik dalam dan luar negara atas kejayaan penganjuran yang tersusun dan professional ini. 

Semoga penganjuran festival ini terus menjadi ikon pelancongan Johor, pemangkin ekonomi rakyat dan nadi utama kejayaan Tahun Melawat Johor 2026, sekali gus menempatkan Johor di peta dunia. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026 #VisitJohor2026 #MehLahJohor