FELCRA Salur RM68.48 Juta Perkasa Kesejahteraan Rakyat Johor
Alhamdulillah, FELCRA telah menyalurkan RM68.48 juta tahun ini kepada Kerajaan Negeri bagi Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Dana ini akan dimanfaatkan secara telus, tersusun dan bersasar bagi membantu rakyat termiskin yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih di Johor.
Dalam tempoh lima tahun juga, FELCRA telah menyalurkan RM311.9 juta keuntungan kepada lebih 11,000 peserta di Johor. Ini membuktikan bahawa sektor pertanian dan pengurusan tanah yang cekap mampu menjana pulangan mampan serta meningkatkan taraf hidup Bangsa Johor.
InsyaAllah kerajaan Negeri Johor akan terus memperkukuh kerjasama bersama FELCRA dalam agenda pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. Saya ingin mengucapkqn ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Dalam pertemuan bersama beliau, pelbagai perkara berkaitan pengukuhan operasi dan pengurusan aset FELCRA di Johor telah dibincangkan bagi memastikan tadbir urus yang lebih teratur, telus dan berdaya saing. Langkah ini penting supaya setiap fasiliti dan projek yang dilaksanakan terus memberi manfaat maksimum kepada peserta serta komuniti setempat.
Semoga sinergi erat ini akan terus memperkukuh ekonomi luar bandar, menjamin kesejahteraan peserta sekaligus memacu kemakmuran Johor secara inklusif. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




