Memperkukuh Gerak Kerja Barisan Nasional Johor

Syukur Alhamdulillah, dalam usaha memperkukuh gerak kerja Barisan Nasional Johor, saya berpeluang hadir dan merasmikan bengkel kepimpinan MCA Johor.

Bengkel ini menjadi platform penting untuk menyelaras strategi dan memperkemas kesiapsiagaan organisasi. Barisan Nasional Johor akan terus memperkukuh kerjasama serta memastikan setiap gerak kerja benar-benar memberi manfaat yang dirasai oleh rakyat.

Dalam masa yang sama, ruang untuk melahirkan generasi pemimpin muda yang berwibawa perlu terus diperluas. Mereka bukan sahaja perlu diberi peluang, tetapi juga dilatih dan dibimbing dari sekarang, agar kesinambungan kepimpinan Barisan Nasional kekal segar, dinamik dan sentiasa relevan dengan kehendak rakyat.

Saya percaya, dengan semangat kesepakatan dan kerjasama yang kukuh antara semua pihak, Barisan Nasional Johor akan terus kekal kuat, stabil dan diyakini demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan baik untuk kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

#BangsaJohor #MajuJohor #BarisanNasional #BNJohor