Program Ayuh Johor Mahasiswa UTM Di Stadium Arena Larkin
Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang hadir bersama hampir 2,000 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Program Ayuh Johor Mahasiswa UTM di Stadium Arena Larkin.
Program anjuran Institut Dato’ Onn (IDO) ini adalah medan penting untuk merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan Kerajaan Negeri, mendengar suara anak muda, serta memastikan mereka turut berada dalam arus utama pembangunan Johor.
Kerajaan Negeri percaya mahasiswa ialah rakan strategik dalam membina masa depan Johor. Justeru, mereka perlu didedahkan dengan hala tuju negeri melalui Maju Johor 2030, Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dan agenda Johor Talent Development Council (JTDC) bagi melahirkan bakat muda yang berkemahiran, berdaya saing serta bersedia merebut peluang kerjaya masa depan.
Kerajaan Negeri komited untuk memperkasa pembangunan mahasiswa melalui pelbagai inisiatif sokongan, pendedahan strategik serta peluang peningkatan bakat dan kemahiran. Usaha ini diharap dapat melahirkan generasi mahasiswa yang berilmu, berdaya saing serta bersedia menerajui agenda pembangunan Johor selaras dengan aspirasi Maju Johor 2030. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Joho
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor



