Bersama Penerima Biasiswa Orang Muda Johor (Bomj) Kohort 2
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam mengutamakan pendidikan demi masa depan anak-anak Bangsa Johor.
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan bersama penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) Kohort 2 yang bakal melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia dalam pelbagai bidang. Tahniah saya ucapkan kepada kesemua penerima atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan A-Level:
1. Amber Poi (4A*) – Sustainable Built Environment, Energy and Resources, University College London (UCL)
2. Muhammad Faiq Fathullah Bin Mohd Yazid (3A* 1A) – Robotik dan Kepintaran Buatan, University College London (UCL)
3. Hemaraj A/L Thanabalan (3A* 1A) – Kejuruteraan Kimia, The University of Manchester
4. Nur Maryam Binti Norazam (3A* 1A) – Kejuruteraan Biokimia, University College London (UCL)
5. Tan Wen Bin (3A* 1A) – Sains Komputer, University of Pennsylvania
6. Nurul Hidayah Binti Norazam (2A* 2A) – Kejuruteraan Kimia, University College London (UCL)
Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan keluarga masing-masing, malah menjadi kebanggaan seluruh Bangsa Johor. Saya yakin para penerima akan memanfaatkan peluang ini untuk menimba ilmu, membina kepakaran dan pengalaman, serta mencabar diri sepanjang berada di luar negara.
Semoga kesemua penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) akan terus membawa nama Johor dengan penuh bangga, mengejar kecemerlangan dan kembali berbakti dengan ilmu serta kepakaran yang dapat disumbangkan kepada negeri Johor yang dicintai ini. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #OrangMudaJohor #BiasiswaOrangMudaJohor #BOMJ




