Meluangkan Masa Di Johor Di Sunway Puteri Hill, Iskandar Puteri
Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa dalam suasana santai bersama rakan-rakan pengamal media Johor di Sunway Puteri Hill, Iskandar Puteri. Pertemuan ini menjadi ruang yang baik untuk bertukar pandangan, mendengar perkembangan semasa serta menghargai peranan penting media dalam membawa maklumat kepada masyarakat.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga media Johor yang terus komited menjalankan amanah, khususnya dalam melaporkan perkembangan, dasar dan pelbagai usaha Kerajaan Negeri kepada rakyat. Dalam suasana maklumat yang bergerak begitu pantas, ketepatan fakta, semakan sumber dan laporan yang sahih amat penting agar rakyat menerima gambaran sebenar sebelum membuat sebarang penilaian.
Bagi Kerajaan Negeri, media bukan hanya membuat liputan, tetapi merupakan rakan strategik yang membantu memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat difahami dengan jelas oleh rakyat. Pada masa yang sama, media juga menjadi jambatan membawa suara dan isu di lapangan kepada perhatian kerajaan. Terima kasih kepada seluruh pengamal media Johor atas komitmen, profesionalisme dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Semoga hubungan erat antara Kerajaan Negeri, Kelab Media Johor dan seluruh warga media terus diperkukuh atas dasar kepercayaan, keterbukaan dan rasa hormat, agar setiap berita yang sampai kepada rakyat sentiasa berpaksikan fakta dan setiap usaha untuk Johor dapat dinilai dengan adil. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




