Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak Berwajah Baharu – Lawatan Kerja Pantau Perkembangan Projek

Saya sempat melawat ke tapak naik taraf Air Terjun Gunung Ledang di Tangkak hari ini, untuk melihat kemajuan projek yang bakal menjadi lokasi ikonik kepada pengunjung dalam dan luar negara.

Lawatan ini turut disertai oleh Perbadanan Taman Negara Johor dan pelbagai agensi berkaitan dalam memastikan kelancaran supaya ia dapat dibuka secara rasmi tahun ini.

Projek naik taraf tersebut, bukan sekadar meningkatkan kemudahan pengunjung, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Gunung Ledang sebagai destinasi eko-pelancongan utama di Johor, menjelang Tahun Melawat Johor 2026. Dengan penambahbaikan yang sedang giat dijalankan, kawasan ini dijangka memberi pengalaman yang lebih selesa dan menarik kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Kerajaan Negeri Johor komited dalam membangunkan sektor pelancongan yang mampan, dengan mengekalkan keunikan warisan alam sambil menyediakan kemudahan moden.