Majlis Makan Malam Amal Rumah Kanak-Kanak TBQ Tahun 2025
Alhamdulillah Saya begitu berbesar hati sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menghadiri ke Majlis Makan Malam Amal Rumah Kanak-Kanak TBQ Amal di Trove Hotel, Johor Bahru.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi harian rumah perlindungan termasuk makanan, pendidikan dan keperluan asas anak-anak. Selain itu, meningkatkan kesedaran dalam menyedarkan masyarakat tentang kewujudan dan keperluan rumah perlindungan ini serta kepentingan sokongan komuniti sekaligus untuk menjalinkan hubungan baik antara pihak perlindungan dengan masyarakat, penderma dan sukarelawan.
Pertubuhan Kebajikan TBQ Amal ini telah ditubuhkan pada tahun 2021. Ia merupakan sebuah organisasi yang giat menawarkan bantuan kemasyarakatan di dalam negara kepada mereka yang memerlukan seperti gelandangan, fakir miskin, masalah kesihatan, masalah pekerjaan, masalah tempat tinggal, keperluan susu anak, lampin pakar buang dan sebagainya.
Rumah perlindungan ini adalah sebuah institusi yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada 45 anak-anak yang kurang bernasib baik. Rumah ini juga berusaha memberikan kehidupan yang lebih baik serta peluang pendidikan kepada anak-anak ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada pertubuhan ini kerana secara tidak langsung, pertubuhan ini telah membantu Kerajaan Negeri dalam membela kebajikan rakyat Johor dan saya berharap agar usaha ini berterusan melalui peruntukkan yang telah diberikan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Selamatkan Johor