MCA Johor Meriahkan Tahun Baharu Cina di Tangkak – Lambang Muafakat Negeri
Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MCA Johor tahun ini, berlangsung dengan penuh kemeriahan, menggambarkan keunikan budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, turut dihadiri oleh barisan pimpinan negeri Johor, termasuk Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Johor, serta barisan pemimpin negeri Johor yang lain.
Saya yakin, majlis ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga manifestasi keunikan warisan dan budaya Johor yang terus dipelihara dalam semangat perpaduan. Persembahan tradisional seperti tarian singa dan muzik tradisional turut memeriahkan suasana, melambangkan kesinambungan adat resam dan budaya yang diwarisi turun-temurun.
Kerajaan Negeri Johor terus berganding bahu dalam menyokong kepelbagaian budaya dan memastikan keharmonian antara kaum sentiasa terpelihara. Sambutan seperti ini menjadi bukti bahawa Johor bukan sahaja kaya dengan warisan dan budaya, tetapi juga bersatu dalam kepelbagaian demi kemajuan bersama.