Bantuan Makanan Tengah Hari Kepada 42,671 Calon SPM 2025
Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang sentiasa menitikberatkan pendidikan dan kebajikan setiap pelajar Johor agar mereka membesar sebagai generasi berilmu dan berdaya saing.
Syukur Alhamdulillah. Sebagai bukti komitmen Kerajaan Negeri terhadap masa depan anak-anak Johor, kita akan melaksanakan Bantuan Makanan Tengah Hari kepada 42,671 calon SPM 2025 di seluruh negeri, dengan peruntukan sebanyak RM4.27 juta. Langkah ini memastikan setiap calon menghadapi peperiksaan dalam keadaan bertenaga, fokus dan terjaga kebajikannya.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut menyediakan dan mengedarkan Kit SPM Maju Johor dengan peruntukan RM853,000, sebagai suntikan semangat kepada anak-anak Johor yang bakal menduduki peperiksaan dari 25 November hingga 23 Disember 2025.
Inisiatif ini bukan sekadar bantuan makanan, tetapi manifestasi kasih Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap Orang Muda Johor mempunyai peluang yang adil dan terbaik untuk mencapai kejayaan dengan minda yang cerdas, tubuh yang sihat, dan jiwa yang tenang.
Kepada semua anak-anak SPM yang saya kasihi, saya doakan agar kalian diberi ketenangan hati, kecerdasan akal, dan kesihatan yang baik sepanjang menduduki peperiksaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan semua calon SPM serta ibu bapa dan guru-guru selama ini membuahkan kejayaan yang gemilang. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




