Drag Revolution Malaysia Road Tour Round 1 Meriah di DUN Tanjung Surat

Menghadiri dan merasmikan Drag Revolution The Malaysia Road Tour Round 1, yang kini memasuki tahun ketiga penganjurannya dalam kawasan DUN Tanjung Surat. Acara ini menyaksikan penyertaan luar biasa daripada pelumba seluruh negara, sejauh Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Lembah Klang, serta rider dari negeri Johor, masing-masing mempamerkan kehebatan dan kepakaran dalam mengejar masa terpantas bagi setiap kategori.

Program berjalan dengan lancar untuk semua kategori, termasuk perlumbaan motosikal dan kereta, dengan sambutan hebat daripada peserta dan pengunjung. Semangat Johor memang luar biasa!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan PDRM, BOMBA, RELA, JKR, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi, serta semua agensi yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran acara ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir!