Program Pengamalan Sakinah dan Akikah Perdana Daerah Kota Tinggi 2025

Syukur ke hadrat Ilahi, Program Pengamalan Sakinah dan Akikah Perdana Daerah Kota Tinggi 2025 yang berlangsung pada 22 & 23 Februari di Surau Al-Hidayah, Felda Adela telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim selaku penganjur bersama pejabat DUN Tanjung Surat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang,Yayasan Makmur Pengerang, Pejabat Parlimen Pengerang, DUN Penawar dan semua pihak yang terlibat, para peserta, sukarelawan, serta masyarakat setempat yang hadir memeriahkan program ini.

Dari gotong-royong melapah lembu hingga majlis akikah, khatam Al-Quran, dan penyerahan taklif, semuanya telah berlangsung dengan penuh harmoni.

Semoga segala usaha ini mendapat ganjaran di sisi Allah dan terus menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan nilai kekeluargaan serta keharmonian dalam masyarakat.