Dubai International Financial Centre (DIFC), sebuah Zon Kewangan Khas di Dubai

Syukur Alhamdulillah, dalam lawatan kerja ke Dubai, saya dan delegasi Johor berpeluang melawat Dubai International Financial Centre (DIFC), sebuah Zon Kewangan Khas di Dubai.

DIFC telah ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai pusat kewangan utama bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan. DIFC turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan inovasi, khususnya bidang teknologi kewangan (fintech) melalui inisiatif seperti accelerator programs dan sokongan terhadap startup.

Lawatan ini memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk melihat bagaimana DIFC berfungsi sebagai hab kewangan global yang menghubungkan pelbagai pasaran utama selain meneroka potensi kerjasama dan peluang pelaburan di Zon Kewangan Khas Forest City (FC-SFZ). Kejayaan ini boleh dijadikan inspirasi bagi FC-SFZ untuk memperkukuhkan daya saing globalnya.

Melalui FC-SFZ, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyediakan platform yang menarik bagi pelabur global dan syarikat-syarikat terkemuka untuk berkembang, seterusnya menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan dan pengukuhan ekonomi Johor secara keseluruhan.

Semoga segala perancangan kerjasama ini mampu dijelmakan dengan pelaksanaan yang teratur dan tersusun, seterusnya merealisasikan hasrat Negeri Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Insya-Allah.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor