MATTA Fair Johor 2025 – Memacu Pelancongan Johor ke Peringkat ASEAN
Majlis Pembukaan MATTA Fair Johor 2024 di AICC Johor, hari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, menandakan komitmen negeri dalam mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab pelancongan utama di rantau ASEAN.
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya, saya bersama YAB Dato’ turut melakukan lawatan ke hampir 150 booth pameran, termasuk penyertaan dari negara jiran iaitu Indonesia, yang memperkukuh kerjasama serantau dalam sektor pelancongan.
Selain menyokong Tahun Melawat Johor dan Malaysia 2026, penganjuran ini turut menjadi platform strategik bagi perancangan jangka panjang 10 tahun ke arah menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan utama pelancong antarabangsa, dengan fokus kepelbagaian budaya, serta warisan unik negeri.
Kerajaan Negeri Johor terus memperkasa industri pelancongan dengan memperkenalkan lebih banyak inisiatif serta mempromosikan produk pelancongan bertaraf dunia, menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan dalam peta pelancongan ASEAN dan global.