Kunjungan Hormat Angkatan Muda Partai Golkar (AMPG) di Ibu Pejabat UMNO Malaysia

Petang semalam, UMNO Malaysia telah menerima kunjungan hormat Angkatan Muda Partai Golkar (AMPG) yang diketuai Ketua Umumnya, Saudara Syed Adi Al Idrus bersama delegasi kepimpinan mereka di Menara Dato’ Onn, WTC Kuala Lumpur.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, saya dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi serta barisan-barisan kepimpinan sayap parti turut bersama menyambut delegasi AMPG.

Pertemuan ini diharap bukan sahaja sebagai pengukuh ukhuwah dan mengerat diplomasi antara Malaysia-Indonesia, bahkan dapat terus menjadi wadah jalinan kerjasama strategik khususnya dalam aspek pembangunan anak muda dan kepimpinan muda di kedua-dua negara.