Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Berwajah Baru
Syukur Alhamdulillah.
Hutan Bandar JB berwajah baharu!
Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor, Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar, selesa dan mesra pengunjung. Saya ingin berkongsi bahawa beberapa tarikan baharu di Hutan Bandar ini akan mula dibuka kepada umum bermula 3 Syawal ini!
Pelbagai tarikan menarik menanti pengunjung, antaranya Kolam Kanak-Kanak, Flying Fox, Rope Course, Taman Permainan Kanak-Kanak, Nature Trail, Laman Rama-Rama serta Tapak Perkhemahan menjadikan ia sebuah destinasi rekreasi lengkap untuk seisi keluarga, anak muda dan komuniti.
Kemasukan ke Hutan Bandar adalah percuma untuk semua. Dengan keluasan kira-kira 50 ekar, kawasan ini telah dinaik taraf secara menyeluruh dengan peruntukan melebihi RM13.5 juta oleh MBJB, bagi memastikan kemudahan yang lebih berkualiti, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh Bangsa Johor.
Namun bagi yang ingin mencuba aktiviti menarik, harga tiket adalah seperti berikut:
• Kolam Mandi
– Percuma untuk warganegara Malaysia
– Bukan warganegara: RM5 (kanak-kanak) | RM10 (dewasa)
• Rope Course
– Warganegara: RM5 (kanak-kanak) | RM10 (dewasa)
– Bukan warganegara: RM10 (kanak-kanak) | RM15 (dewasa)
• Flying Fox
– Warganegara: RM10 (kanak-kanak) | RM20 (dewasa)
– Bukan warganegara: RM20 (kanak-kanak) | RM30 (dewasa)
Sukacita saya umumkan bahawa aktiviti Flying Fox dan Rope Course akan ditawarkan PERCUMA selama sebulan sempena pembukaan ini. Hutan Bandar ini dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan disasarkan mampu menarik sehingga 2,000 pengunjung setiap hari, sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memperkasa produk pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026 serta menyediakan ruang rekreasi berkualiti untuk Bangsa Johor.
Ayuh Bangsa Johor! Mulai 3 Syawal ini, bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keindahan alam semula jadi serta pelbagai aktiviti menarik di Hutan Bandar Johor Bahru. Semoga ia menjadi destinasi pilihan utama rekreasi dan pelancongan negeri. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026




