Johor Sebagai Hab Kecemerlangan dan Inovasi AI

Alhamdulillah selesai menghadiri perjumpaan bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, dan barisan pengurusan tertinggi UTM.

Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan halatuju dan perancangan pembangunan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) Pertama Malaysia yang lebih dikenali sebagai Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO).

Hal ini bermatlamat untuk memperkasakan ekosistem robotik dan kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan bakat, kecemerlangan penyelidikan dan inovasi bagi menghasilkan impak yang transformatif kepada ekonomi dan masyarakat khusus di negeri Johor.

Inisiatif Ai ini bukan sekadar teknologi, tetapi medium penting untuk memacu inovasi dan menyelesaikan cabaran global yang mampu:
✅ Meningkatkan ekosistem pendidikan dan penyelidikan.
✅ Menarik bakat muda serta pakar ke Johor.
✅ Memacu pembangunan teknologi untuk manfaat komuniti dan negara.

In Shaa Allah dengan kerjasama erat ini merupakan langkah strategik untuk menjadikan Johor sebagai hab kecemerlangan pendidikan dan inovasi Ai.